Utusan Publications & Distributions Books Stock Clearance Sale
When: until 13 November 2009
Time: 9am - 6pm
Price as low as RM1
Books Genres included:
Children
Management
Education
Family
Academics
Politic
Women
Motivation
Novel
Terms & Conditions apply
Where:
Pejabat Urusan UP&D
No 1 & 3, Jalan 3/91A
Taman Shamelin Perkasa
56100 Cheras Kuala Lumpur
Tel: 603-9285 3860






1 share your feedback:
JUALAN PENGHABISAN STOK BUKU UP&D
Written by Administrator
Tuesday, 27 October 2009 16:02
JUALAN PENGHABISAN STOK BUKU UP&D
Buat julung-julung pertama kalinya, bagi peminat-peminat buku boleh melapangkan masa untuk datang ke jualan penghabisan stok buku yang dianjurkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd (UP&D). Sesi jualan ini bermula seawal pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Jualan pada kali ini menyediakan tidak kurang daripada 100 judul buku yang menarik dan berkualiti dengan harga terendah. Jualan yang bermula dari 2 sehingga 13 November 2009 (Sabtu & Ahad adalah ditutup) ini diadakan di pejabat Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, No. 1 & 3, Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur.
Para pengunjung yang datang bukan sahaja dapat membeli buku dengan harga yang menarik, malah mereka juga turut akan berpeluang mendapat hadiah misteri dari pihak penganjur bagi setiap pembelian RM50.00 ke atas. Orang ramai juga berpeluang menikmati dan membeli buku yang pelbagai jenis berkaitan pengurusan, pendidikan, wanita, kanak-kanak, politik, agama, akademik, keluarga dan novel pelbagai genre dengan harga serendah RM1.00 - RM10.00.
Pengurus Besar Operasi & Kewangan UP&D, Cik Rozita Yusoff berkata, inilah kali pertama Jualan Penghabisan Stok Buku diadakan dan orang ramai seharusnya merebut peluang yang ada untuk menambah koleksi buku yang ada dan membeli bahan bacaan yang dijual dengan harga yang istimewa dan rendah berbanding dengan harga asal. Ibu bapa khususnya dialu-alukan untuk datang mendapatkan bahan bacaan berkualiti yang dijual untuk dihadiahkan kepada anak-anak mereka yang akan bakal bercuti panjang nanti. Tidak lupa juga pihak sekolah, pemborong dan peruncit boleh datang untuk membeli secara pukal.
Para pengunjung yang datang ke jualan ini, boleh membuat pembelian secara tunai dan kemudahan pembayaran secara kad kredit juga disediakan untuk pembelian bernilai RM50.00 ke atas. Jesteru dengan adanya tawaran istimewa bagi produk keluaran UP&D ini, akan memberi 1001 manfaat kepada orang ramai dalam menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan menanam sifat cinta kepada budaya membaca.
Sebarang pertanyaan berkaitan jualan ini, boleh dikemukakan dengan menghubungi pejabat UP&D di talian 03-92856577 atau faksimilis 03-92874645.
Post a Comment
What do you think of the sale?